Budaya Orang Melayu Malaysia Orang_Melayu_Malaysia

Pakaian Tradisional

Masyarakat Melayu di Malaysia mempunyai pelbagai jenis pakaian tradisional yang telah pun dipakai sebelum zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Semua pakaian ini masih lagi mengekalkan ciri-ciri keasliannya seperti mana ia mula dipakai pada zaman dahulu. Ada antara pakaian tersebut mendapat pengaruh daripada budaya bangsa asing seperti Arab, Cina, India dan juga dari Kepulauan Indonesia. Berikut ialah senarai pakaian tradisional Melayu di Malaysia:-

  • Baju Kebaya

Alat Muzik Tradisional

Antara alat muzik tradisional bagi masyarakat Melayu di Malaysia adalah seperti Serunai, Geduk, Gedumbak, Canang, Kesi, Tetawak, Kecerek, Gendang Sembilan, seruling dan sebagainya.

Makanan Tradisi

Makanan tradisi masyarakat Melayu di Malaysia adalah seperti Nasi Lemak, Nasi Kerabu, Nasi Dagang, Nasi Kandar, Nasi Tumpang, Nasi Campur Berlauk, Nasi Ulam, Nasi Tomato, Keropok Lekor, Keropok Gote, Keropok Keping, Budu, Sata, Tempoyak, Otak-otak, Sate, Roti Jala, Lontong, Pecal, Burasak, Ketupat, Lemang, Wajik, Dodol, Belacan dan sebagainya.

Teater Tradisional

Kesenian teater tradisional merupakan sebahagian daripada budaya masyarakat Melayu di Malaysia.

Wayang Kulit Siam merupakan sejenis wayang kulit yang berasal dari negeri Kelantan. Kesenian ini dahulunya sangat terkenal di negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, Kedah, Perak dan Patani. Ia juga merupakan jenis wayang kulit yang paling terkenal di Malaysia sejak dahulu hingga ke hari ini.

Makyong ialah sejenis teater tradisional yang dipercayai berasal dari daerah Besut, Terengganu. Dari daerah tersebut, kesenian ini telah berkembang ke negeri Kelantan, Patani, Kedah dan Perlis. Makyong adalah antara teater tradisional tertua di Malaysia dan sering dikaitkan dengan kepercayaan animisme Melayu.

Mek Mulung ialah sejenis teater tradisional yang berasal dari Kampung Wang Tepus di Jitra, Kedah. Kesenian ini dikatakan dicipta oleh seorang puteri kepada Raja Ligor yang telah buang negeri oleh ayahandanya. Kesenian ini hanya boleh ditemui di negeri Kedah sahaja dan kini diancam kepupusan.

Tarian Tradisional

Seorang gadis Melayu sedang tari-menari dengan irama Melayu.

Kuda kepangZapin